Dungun dikatakan berasal daripada nama pokok "Dungun", ianya merupakan sejenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan paya air tawar.
Dungun menjadi lebih terkenal pada mata dunia sejak penemuan dan perlombongan bijih besi pada tahun 1930 oleh Nippon Mining Company dan diexspori ke Jepun pada tahun 1931 hinggalah kepada pendudukan Inggeris di Terengganu. Pembangunan di Dungun khususnya di Bukit Besi menjadi pesat dengan terdirinya jalan-jalan (rel) keretapi dan bangunan pejabat serta pertambahan penduduk yang sentiasa meningkat dari tahun ke tahun samada rakyat Terengganu dari daerah lain mahupun pekerja-pekerja lombong Bukit Besi dan luar Terengganu dengan diketuai oleh seorang ketua dan rumah Pasung Dungun di bahagi kepada cawangan Bukit Besi dan Paka.
Dengan penemuan bijih besi, Daerah Dungun menjadi Daerah termaju di Negeri Terengganu ketika itu, malah ianya terkenal di kalangan Negara-Negara luar khususnya negara pengimpot besi seperti Jepun, Korea dan sebagainya.
Saturday, April 18, 2009
Friday, April 10, 2009
Salam...teringat kembali kenangan berkenaan dengan kisah lampau Dungun, kisah zaman mula-mula Dungun menjadi sibuk setelah The Mel ditutup, terimbau kembali zaman kanak-kanak dahulu semasa aku masih menetap di Dungun@Nibong, ketika itu masih ada lagi apa yang dimaksudkan dengan The Mel (...yang dahulunya menjadi nama tidak rasmi yang digunakan untuk panggilan Pasar Nibong dan masih digunakan sampai sekarang). Kesan peninggalan sejarah tersebut kini sudah tiada lagi, yang tinggal cuma Bukit Tebok dan sedikit tiang pengkalan yang terletak di sekitar / di tepi sungai Nibong.
Tongkang-tongkang yang diletakkan di tepi sungai juga sudah tiada lagi. Kawasan The Mel yang dimaksudkan telah didirikan Rumah Murah (rumah-rumah kos serdehana) dan fasiliti yang berkaitan. Kedai teres kayu / pasar kecil di pasar The Mel merupakan pasar asal yang pertama kali dibina di The Mel (kesan peninggalan yang sama seperti pasar/kedai tersebut masih boleh dilihat iaitu kedai/gerai pasar minggu atau pasar malam Sura Gate), sebelum para peniaga ditempatkan di situ, para-para peniaga berniaga di merata tempat/berselerak, di sekitar The Mel, di bawah pokok, di tepi jalan, di atas platform The Mel, di tepi landasan keretapi....rail yang berselerak yang menghubungkan Bukit Besi melalui The Mel hingga ke pelabuhan (opal) yang terletak di pantai Teluk Lipat, dan juga melalui 'Bijih', yang kini sudah dibangunkan dengan deretan kedai-kedai serta tempat rekreasi.
Pasar minggu Sura Gate pun sudah berpindah dari tempat asal yang mula-mula dijalankan perniagaan jual-beli, tempat asal bertempat di sebelah pasar minggu tersebut juga, iaitu kedia-kedai teres bersebelahan perpustakaan awam. Tapak asal Pasar Minggu tersebut juga merupakan bekas tinggalan landasan keretapi dari The Mel yang melalui Alur Tembesu......
Tidak dinafikan jalanraya kini sudah bertambah, seperti contoh jalan di Kg. Padang Jambu, dahulunya lorong berpasir debu, kini sudah berturap. Dulunya hanya terdapat satu jalan /satu lorong sahaja, tapi kini kita mempunyai beberapa pilihan lencongan. sama juga di tempat-tempat lain, Gong Pasir, Bukit Chatak, Tanah Lot, dll., kawasan pasar Dungun kini sudah jauh berubah wajah, daripada lokasi lama yang kini telah menjadi jeti pendaratan ikan dan pejabat Jabatan Perikanan Daerah. Pasar Dungun kini sudah sesak, tidak seperti dahulu. Kalau di pasar Nibong, waktu dahulu masih boleh bermain-main di antara deretan pasar/kedai/gerai kerana, kenderaan hanya dibenarkan sehingga ke pintu pagar sahaja dan pagar kayu dahulu itu pun sudah tiada lagi....
Orang-orang seberang (Seberang Pintasan) dan Pasar Dungun mendapat jambatan yang dihubungkan di antara dua daratan pisahan Sungai Dungun, akibat dari arus kemodenan. (Kata orang hadiah dari Ideris Jusoh kerana menang pilihanraya ke-11). Pasar Dungun boleh dihubungkan melalui beberapa jalan, kalau dari Nibong, kita boleh mengambil jalan yang bermula dari simpang berdekatan dengan kedai Mek Kayu dan setelah itu melalui jalan Bawah Lembah seterusnya melalui Sungai Buaya hinggalah sampai ke Padang Astaka dan setesen bas Dungun, seterusnya menghala ke pasar.
Somel (Saw Mill) yang dulunya sibuk /penting menjana ekonomi Dungun@Nibong, kini menunggu waktu untuk rebah ke bumi. Tidak tahan menahan tekanan pembangunan dan pelbagai masalah, ianya lebih diketahui oleh tuan punya perniagaan tersebut.
Merujuk satu laman blog http://daerahdungun.blogspot.com/search/label/Tempat%20Di%20Dungun , ianya menarik minat aku untuk memberikan sedikit komen atau info, arwah Mokcik Ttimoh semasa hayatnya dihabiskan dengan meniaga air batu....dahulu 10₵ sahaja untuk sebungkus, seninggalah perniagaan nya di akhir hayat, air batu Mokcik Ttimoh berharga 20₵.....
Boleh dikatakan sebahagian besar nama-nama yang disebutkan penulis, sudah menginggal dunia dan difahamkan, salah seorang daripadanya, Mek Biah / Che Enga masih lagi ada, kini menetap bersama anaknya di Bukit Chatak, berdekatan dengan rumah arwah Pok Teh Min. Suami Mek Biah, arwah Ali Jawa sudah lama juga meninggalkan kita. Tok Bilal Che Arong, Pok Awang Kubo, Pok Awang Lorong Satu (bomoh Padang Jambu), juga di antara yang telah meninggalkan kita.....
Berkenaan dengan Pok Awang bomoh ni, pernah satu hari beliau melalui satu kawasan di halaman rumah beliau, kawasan tersebut banyak terdapat pokok kelapa tinggi-tinggi (pokok kelapa matang), dan pada ketika itu angin bertiup agak kuat, Pok Awang ni hendak balik ke rumah dan kebetulan terdapat sebiji buah kelapa gugur, nasib menimpa Pok Awang, buah kelapa tersebut jatuh betul-betul di atas kepalanya, tapi mungkin oleh kerana ilmu yang dipunyai oleh Pok Awang ni dapat melindunginya, tiada sebarang kecederaan pada kepala Pok Awang, yang lebih risau adalah orang lain, dan Pok Awang hanya sempat mengibas-ngibas kepala dan bahunya dengan kain selempang/kain batik sarung perempuan, sambil berkata, "hoh..!!, tadok menda ni, siket jee...." dan terus berlalu....
Dahulunya (lebih 30 athun lepas) bersebelahan dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Pusat, dan antara Alor Tembesu, kita boleh lihat bekas tinggalan zaman pemerintahan British dan Jepun.....dapat dilihat batas landasan keretapi yang menghubungkan Bukit Besi hinggalah ke Pantai Teluk Lipat...melalui Nibong, kampung sebelah Bukit Tebok, The Mel, juga melalui kawasan sebelah sekolah arab, Alor Tembesu, kawasan sebelah Sekolah Pusat, jalan Merbok, kawasan tepi Sekolah Sultan Omar, sehinggalah berdekatan dengan Salwa dan seterusnya melintas jalan, terdapat satu kawasan bersebelahan dengan Bandar Sura yang dahulunya ia dipanggil 'Bijih' dan merupakan tempat / pot aku ponteng sekolah, yang kini menjadi tempat rekerasi, dan seterusnya landasan keretapi tersebut melintasi Bijih sehinggalah terus ke tepi pantai Teluk Lipat. dahulunya kita boleh lihat terdapat beberapa tiang bekasan landasan keretapi yang terletak betul-betul di kawasan pantai tersebut dan terdapat juga beberapa batang di dalam laut di pinggir pantai (opal), dan kini ianya telah musnah sama sekali kerana menerima pukulan ombak saban tahun.
....akan bersambung.

Subscribe to:
Posts (Atom)